Sunday, February 28, 2016

29hb Feb 2016 - Update Variety Col De Dame Gris (Tukar Baja)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum semua,

Pada peringkat permulaan menanam pokok Tin ni , Pelbagai jenis baja ( Baja Pertumbuhan + Baja Buah ) saya cuba. Pelbagai brand dan harga agak tinggi juga saya gunakan. Ada yang cukup murah tetapi pertumbuhan pokok agak lambat.

Setelah beberapa brand saya cuba, kali ini saya mencuba yang mahal juga. masih tidak menjadi juga.
(brand biarlah saya tidak maklumkan di sini kerana menjaga reputasi company baja itu sendiri) . Kemungkinan besar saya juga tidak begitu arif jadual yang di saran oleh pihak yg menjual baja tersebut. Kali ini saya mencampur kan baja NPK dan juga di selangi baja organik.

Selepas menggunakan baja NPK 151515 ( Brand Serbajadi ) . No code 45 , pokok - pokok mula menghijau . Alhamdulillah percubaan kali ini menjadi. Selepas itu saya menabur baja NPK 121216 . no code 43. Pokok mula berputik . sungguh teruja. kali ini percubaan membaja menjadi.

Contoh di bawah , Selepas 2-3 minggu tiba2 tunas baru muncul dari pangkal pokok induk. ada juga putik muncul dicelah-celah daun yg masih muda. Alhamdulillah



No comments:

Post a Comment