Monday, February 15, 2016

16hb Feb 2016 - Perkembangan terkini penanaman pokok Tin

Bismillahirahmanirahim

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam. Alhamdulillah perkembangan terkini selepas 5 bulan mula menanam pokok Tin.

Penambahan pokok hampir setiap minggu sampai , memang fokus kami menambah jumlah anak-anak pokok Tin setiap bulan mesti cari sepokok dua untuk koleksi kami. Harga dan Variety kami tidak menitik berat sangat yang penting bukti pokok " common" yang dibeli telahpun berjaya berbuah dan membiak dengan baik di tanah Malaysia.

Penambahan yang akan kekal menjadi koleksi untuk bulan February ini adalah 

1) Bonjour sette
2) Goulbun
3) Noire De Barbentane
4) Yellow Long Neck
5) Tena
6) Violette De Bourdox
7) Sal Gene
8) Sultane
9) Green Jordan.

Ada di antara variety-variety telahpun kami miliki sebelum ini tetapi kami nak membezakan " Baka Original" yang di jual oleh seller-seller di sini. Andai didapati "baka" tidak original kami tidak akan membeli lagi daripada beliau selepas ini.

Kalau ikut pengiraan modal memang banyak kami keluarkan bulan ini. Kadang-kadang rezeki yang tidak disangka-sangka kami terima. Jikalau ada lebih modal nya in shaa Allah kami akan membeli lagi. 

No comments:

Post a Comment