Sunday, March 6, 2016

7hb March 2016 - Pentingnya baja yang berkualiti

Assalamualaikum

Hari ini nak cerita berkenaan "baja" dan cara-cara nya
Baru-baru ini saya telahpun menukar brand baja yang agak berkualiti. kalau anda tanya saya berkenaan baja yang saya guna sekarang ini adalah menggunakan baja NPK 151515 dan Baja buah.

Alhamdulillah selepas 3-4 minggu saya menggunakan baja tersebut , hampir semua pokok-pokok tin telahpun menunjukkan kesesuaian , semua pokok menghijau.

Pokok-pokok yang terencat mula mengeluarkan pucuk baru . daun karat pun sudah pun berkurangan.
Penggunaan baja yang baik adalah bagi memastikan pokok sentiasa hijau , apabila pokok telahpun mencapai 3 bulan selepas saya memindahkan ke dalam pasu besar , saya akan mula menggunakan sedikit baja buah. Ada 3-4 pokok mula mengeluarkan putik selepas 2-3 minggu menggunakan baja buah tersebut.

Dibawah ini adalah contoh pokok Variety Tia Penya , Mula dibeli dari Ladang tuan Haji Ridzuan pada pertengahan Disember 2015 lepas. cukup 3 bulan pokok mengeluarkan putik kali pertama. Apa yang menarik adalah setiap dahan mempunyai putik. Syukur sangat-sangat.

Terima Kasih Kepada :
Baja NPK Serbajadi





No comments:

Post a Comment