Thursday, November 5, 2015

06hb November 2015 - Variety Noire De Bell One

Alhamdulillah

Kini kami makin yakin untuk menambah sedikit lagi variety Noire De Bell One.
Apa yang saya tahu Bell one ini adalah jenis pokok yang mengeluarkan buah berwarna kehitaman.
sebenarnya kami memang amat tertarik dengan variety jenis ini.

Pada June lepas saya ada membeli "cutting" dahan pokok jenis ini. malangnya saya tak pandai nak semai cutting. cutting tu mati selepas memindahkan ke pot yg lebih besar.

Jadinya pada pertengahan Oktober lepas saya telahpun membeli sepokok jenis ini untuk menggantikan yg dulu. Alhamdulillah selepas 2 minggu memindahkan ke dalam pasu besar. pokok dah mula stabil. pucuk-pucuk baru mula keluar. lebih daripada 8 dahan baru telahpun keluar dengan jayanya.

Daun dan pucuk kemerahan menandakan variety ini memang cantik dan menarik. In sya Allah saya akan terus menambah lagi pokok-pokok ini.

Aminn.


 Selepas 2 minggu memindahkan kedalam pasu besar. dan sedikit baja untuk si cantik ni makan..



Cuba tengok setiap daun mempunyai color merah...memang cantik.Pucuk mula keluar di tepi2 dahan tu. saya akan update 2 minggu lagi ye.

2 comments:

  1. ada perbezaan rasa tak Pak Teh? Yg mana menjadi favourite keluarga?

    ReplyDelete
  2. Semua jenis pokok ini ada beza.
    Daun dan buah (warna@rasa)

    ReplyDelete