Thursday, November 5, 2015

August 2015 - 1st Time Beli Benih Tin

Assalamualaikum

Maaf diatas kelewatan meng"update" blog bulan puasa lepas disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan.
Pertama sekali saya agak sibuk di office. Tempat saya kerja di Bukit Jelutong telahpun berpindah secara rasminya di Mont Kiara. Jadi saya tak boleh dah nk COD di Giant Seksyen 13 lagi.

Kedua saya dh pun mula bercucuk tanam Pohon Tin. Membuat pembelian Online dari Luar Negara
( Saya tak suggest membuat pembelian dari satu Negara ni sb servis tidak memuaskan)
Niat untuk menambah hobi bercucuk tanam seperti orang-orang kampong. Banyak perlu diperlajari sebenarnya.
Penjualan burung-burung jinak serta anak parrots masih berjalan seperti biasa. Jangan malu-malu ..whatappas atau message sahaja..pasti saya akan reply nanti.

Gambar-Gambar dibawah ni adalah sebahagian yg telah ditanam dirumah saya.
Variety yang dibeli merupakan Pokok yg mengeluarkan buah yang berwarna kemerahan Dan Hitam sahaja.
Saya juga masih mencari benih tin lagi. Mungkin juga bukan sahaja Pokok tin yang kami tanam. Sedikit demi sedikit kami akan tambah koleksi yang lain.
sekian.








No comments:

Post a Comment