Tuesday, November 10, 2015

11hb November 2015 - Variety Red Khurtmani

Assalamualaikum

Variety ini adalah musafir yang saya beli dari Indonesia. Beli anak " cangkok " sebanyak 12 pokok.
Selepas berpindah ke dalam pasu kecil . ada sedikit kesilapan teknik mengaul tanah ( pada masa tu saya tak pandai nak tanam). Ada beberapa Variety yang hidup tapi mati selepas memindah pot baru..

Red khurtmani adalah satu-satunya yang hidup. Kini dah membesar dengan jayanya. Minggu ni pula saya tengok dah mula berputik.

Alhamdulillah  , Saya rasa bersyukur kerana telah pun mengeluarkan modal yang agak besar pada masa itu . Allahuakbar sedih tengok cutting dahan dan anak tut mati hampir kesemuanya.

Dibawah ini saya sertakan gambar Red Khurtmani yang ada di tempat saya.

 Minggu ke 2 selepas di tanam

 Selepas sebulan di Tanam . Kini dia dah dok luar rumah.

 Selepas dua bulan lebih di dalam pasu besar

 Alhamdulillah dah berputik - 8 Nov 2015

 Banyak putik keluar minggu ni.



Sekian .

No comments:

Post a Comment