Sunday, December 13, 2015

14hb December 2015 - Beberapa Variety sampai lagi (Gambar)

Assalamualaikum.

Seperti biasa setiap minggu membeli pelbagai jenis variety pokok tin yang belum ada di tanam di tempat kami. Berikut adalah beberapa jenis pokok yang stabil dibeli di Ladang milik Tuan Haji Ridzuan.

Antara variety yang menarik minat saya adalah :

1) Abicou
2) Bergunya

Ada 4 pokok lagi kami saja je beli lagi walaupun dah ada kat rumah tu, dan kami bercadang nak tukar pasu plastik agak besar sikit... bagi diaorg membesar dengan cepat lg

3) Tia Penya
4) Noire de Caromb
5) Victoria
6) Beat ramon

Di bawah ni adalah jenis-jenis pokok yang dibeli baru ni. kami dah pindahkan kedalam pasu plastik yg besar sedikit.

 Variety Red Khurtmani . Akar pun dah banyak . Pokok dah stabil , setelah dipindahkan ke pasu plastik.

 Anak tut yang kami baru potong. dan akan di masukkan kedalam pasu plastik.


 Cuba tengok akarnya... banyakkan? kami menggunakan medium tanah yang sama kami gunakan didalam pasu lain...

Gambar buah ni adalah pokok induk red khurtmani.


Variety Beat Ramon
Pokok dah stabil ni.. Tarikh dimasukkan kedalam polybeg pada 25 Oktober 2015.


 Variety Bergunya
Pokok ni pun dah stabil. 25hb November 2015.


 Variety Noire De Caromb
Pokok dah stabil . Tarikh dimasukkan kedalam polybeg pada 14 Oktober 2015


 Variety Tia Penya
Pokok ini baru dua minggu didalam polybeg. Akar pun dah banyak. kami pindahkan kedalam pasu plastik. Tarikh masuk polybeg 30 november 2015
Variety Victoria
Pokok ni stabil. kami dh masukkan baja NPK sedikit untuk pertumbuhan yg lebih baik.
Tarikh masuk polybeg pada 01 Oktober 2015.



Sekian

No comments:

Post a Comment