Wednesday, December 9, 2015

12hb December 2015 - Variety Coll De Dama Negra

Assalamualaikum

Bulan ni sampai lagi anak pokok stabil. Memang teruja bila nampak seller iklankan Variety Coll De Dama Negra. Sungguhpun berniat nak membeli dua pokok tapi terpaksa akur seller bagitau yang lain-lain tu dh di tempah oleh peminat jenis ini.

Variety agak menarik kerana mengeluarkan buah berwarna kehitaman. Daun yang beraroma sesuai untuk di proses menjadi teh daun pokok tin. In shaa Allah sedikit masa lagi kami akan mula mengumpul daun-daun pokok tin dan akan proses menjadi teh. Apabila di proses nanti boleh lah merasai teh yang beraroma wangi ini.

Berbalik kepada Variety ini, Coll de dama negra ini telah pun stabil di dalam pasu besar. nanti saya akan kongsikan sedikit gambar semasa sahabat saya pergi mengambil pokok ini di kebun tin milik Tuan Haji Musa.



No comments:

Post a Comment