Monday, October 31, 2016

31hb Oktober 2016 - Memetik Buah GAC masak ( Super Fruit)

Bismillahirahmanirahim

Malam ni kami mencuba Buah GAC yang dipetik lewat petang tadi. Warna buahnya sangat cantik. tapi masih tertanya-tanya tentang rasa buah ini, kenapa ianya dipanggil oleh sesetengah tempat sebagai SUPER FRUITS. Adakah kerana rasanya atau khasiat yang terkandung didalam buah tersebut.




1) Kami potong dan rasa beberapa biji isi GAC. Rasanya memang cukup berlemak tetapi agak tawar.



2) Bau seperti timun, anak-anak saya tidak suka rasanya kerana tawar dan ada sedikit pahit.



3) Kami ambil semua isinya dan masuk kedalam bekas berisi gula sirap. Kacau sehingga isi nya tertanggal dari biji.Masukan sedikit ais. Wow memang sedap sangat2 kerana isi GAC ini cukup berlemak.


4) Lebihan isi GAC kami buat masker.sapu ke muka.hasilnya kulit muka menjadi tegang dan kulit muka menjadi lebih halus (Yg ni saja test pada muka isteri).Bagi yang berminat dengan benih GAC ini sila pm ya.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment