Sunday, January 10, 2016

11hb Jan 2016 - Mencuba "Grafting" pucuk Tin

Assalamualaikum

Minggu ni takde apa sangat nak update. Alhamdulillah pokok makin membesar, ada sebahagian dahan yang telahpun di "tut" bulan lepas telahpun boleh di potong. Akar mula keluar agak lewat sedikit kerana musim hujan. Selepas seminggu musim panas akar-akar mula keluar.

Cara saya agak berbeza sedikit , saya akan potong dahan yang telah berakar tu semasa akar tidak terlampau padat didalam plastik bunjut tut. kerana berkemungkinan akar cepat mati kerana dh matang didalam bunjut tu. ( akar berwarna coklat).

Berbalik kepada cerita " GRAFTING" tu. Alhamdulillah kali ni nampak sihat, daun-daun pun mula mengembang. Plastik Aiskrim perlulah ditukar setiap 4-5hari kerana nak mengelakkan plastik menyimpan wap terlalu banyak. berkemungkinan besar pucuk tadi akan melecur kerana kadar " kelembapan ( humidity) tinggi.

Dibawah ini saya sertakan result selepas seminggu saya graft pucuk pokok tin.

1) Pemilihan pokok tin untuk dijadikan "pokok induk"
2) Variety yang mudah hidup dan tahan lasak. Jangan pilih pokok induk yang cerewet nak hidup. letih menunggu nanti.
3) Saya memilih pokok purple joran . dan pucuk jenis Noire De Bell One..






Sekian

No comments:

Post a Comment