Assalamualaikum
Pembelian Variety Noire De Bellone pada bulan Oktober 2015. Asal pokok nya dari cutting saja. penjagaan pokok dari cutting tiada beza berbanding dengan anak pokok tut . cuma apa yang kami nampak adalah apabila penjagaan agak lama sedikit sehingga dia berbuah. Lama juga saya jaga, dari bulan oktober sehingga bulan februari. 4 bulan juga menunggu dia berbuah. Alhamdulillah kini dh nampak hasil selepas saya nekad menukar baja.
Dua minggu lepas saya telahpun membeli baja NPK 151515 ( Brand Serbajadi) . Selepas itu saya letak sedikit baja buah ( brand yang sama) .
Hasil menggunakan baja itu amat ketara. Alhamdulillah , penantian selama ini dh berhasil.
Beberapa minggu selepas menukar pasu besar. ( Oktober )
Selepas 2-3 minggu menukar baja. kita tunggu buah nye membesar baru saya update
Sekian
No comments:
Post a Comment